Berpengalaman lebih 10 tahun sebagai Head Digital Content Designer di sebuah syarikat terkemuka antarabangsa, membuatkan saya, Razzi Rahman, amat menitik beratkan kualiti setiap design.
Antara projek yang diuruskan secara menyeluruh adalah, Web Business Design Development, Product Design, Promotion Design, Corporate Branding, Internet Content & Marketing dan setiap hasil kerja yang dilakukan adalah untuk menaikkan nama perniagaan dan mudah untuk disukai ramai pelanggan.
Setiap projek akan diluangkan sepenuh masa bersama team kami untuk mencapai citarasa klien. Ini adalah kerana ianya satu keutamaan buat kami. Malah keperluan pencapaian yang syarikat sasarkan juga adalah matlamat kami.
Sebab itulah, apabila kini, setelah menubuhkan syarikat sendiri, Razzi Rahman Creative, semestinya saya akan menjaganya dengan lebih teliti lagi. Jadi, tanpa melengah masa, saya ingin mengalu-alukan, kehadiran anda di sini dan menyakinkan anda kepada perkhidmatan yang terbaik akan diberikan khas buat anda!
