Kasih Dia – New Single
Tahun 2023, Razzi ada berazam untuk menyiapkan SINGLE TERBARU dan juga COVER-COVER TERBARU. So InsyaAllah, setiap bulan akan ada sekurang-kurangnya 1 lagu dari Razzi. Samada Cover Or New Single. BUT… yang tercapai, hanyalah single terbaru Sahaja akibat kekangan masa. Yang pasti, muzik Slow Rock lah! Klasik tak? moga anda semua kan terhibur. So far Razzi sudah ada single sebanyak, 5 kesemuanya. Ada yang diketahui ramai. Ada juga yang tak berapa tahu hehe… BUT this time around, KASIH DIA, single ciptaan Razzi sendiri. *Salah satu cara menghormati teman-teman dan pendengar semua, Razzi bukan buat mudah-mudah macam biasa. Rekod terus upload. Sebaliknya, lagu-lagu cover pun Razzi akan buat Studio Kualiti. Ini bermakna, saya akan rekod di Recording Studio yang High Ends. So sound pun berkualiti. Jadi, Razzi menjemput semua orang untuk menyukainya, menghargainya dan menjadikan ia satu lagu yang boleh terpahat di jiwa sampai bila-bila. Sambil-sambil mengajak orang ramai untuk kembali meminati lagu-lagu Slow Rock 90an, atau Rock Jiwang ini. KASIH DIA – New Single release July 4th 2023 Buat pertama kalinya, Razzi mencipta lagu slow rock ala 90an. Ya, betul, Razzi cipta lagu ini, dan liriknya pula Razzi dan LienDa, kawan baik, yang tulis. Kalau dapat menyamai macam Saari Amri punya lagu, tu dah kira WIN giler-giler hahaha… if not, anda suka pun sudah cukup. Dalam penciptaan lagu Kasih Dia ini, memang Razzi buat reference lagu-lagu dari Saari Amri lah. Agak-agak menjadi ke tak? Sedap ke tak? Boleh melekat di jiwa ke tak? Nanti you all dengar la ya. Tahun lepas 2021, Razzi sempat menyanyikan, 3 buah single. “Perangkap Fitnah”, “Bila” dan “Utusan Cinta”. Kesemuanya dari pencipta-pencipta baru dan muda. Razzi sendiri cukup puas hati dengan outcome nya. Tetapi, sungguh tak sangka bila cipta lagu sendiri ni, lain macam dia punya puas tu. Malah dari nyanyian guide, draft yang dibuat oleh penyanyi backup vokal pun Razzi terasa amat TERUJA sekali. Fuhhh… apa-apapun, SOKONGAN ANDA, amat Razzi perlukan. Please support ok guys. Thank youuuuuu So, planning tu macam2 InsyaAllah. Jika ada rezeki, maybe MORE. Biasalahkan bila bergerak sendiri tanpa Syarikat Rakaman ni, kita memang free nak rekod apa. Tapi sudah tentulah publishing tu agak limited. “Because, I’m not doing this for money, sebaliknya for HOBBY. But my hobby cost me spending, BIG MONEY! Haha” P/s kalau ada Recording Company mana-mana yang nak kerjasama, let’s chat. Jom lawati Youtube Channel saya, klik di sini Love, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmanmusic.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Ke Dasar Cinta Mu
Lagu Ke Dasar Cinta Mu adalah OST Filem Putera. Dipetik dari album kedua Razzi. Menyanyikan lagu ini, adalah satu privilege bagi Razzi. Dengan lirik yang sungguh puitis dicipta oleh abang yang sangat saya hormati, S.Amin Shahab. Susunan Muzik dan lagu ciptaan MAESTRO abang Zul Mahat pula, mengasyikkan bagi yang mendengar, juga yang menyanyinya. Sayangnya, filem Putera tidak lama di cinema. Dan juga jarang-jarang keudara di TV Malaysia. Saya amat yakin jika exposure diberi kepada lagu ini, pastinya ia akan lebih popular. However, pencapaiannya setakat ini memberangsangkan dan saya berpuas hati jika setakat itu rezekinya. InsyaAllah, Allah Swt yang menentukan segala takdirnya. Jom kita sama-sama hayati bait-bait tinta kata dari, Ke Dasar Cinta Mu. Ke Dasar Cinta Mu Lagu : Zul Mahat Lirik : S.Amin Shahab Kita, seiring sekata Melihat dunia Dimensi yang sama Dalam salah benar juga Dan di dalam benar Oh tersalah juga Chorus Kerana asyik dan rindu Ku mabuk sepanjang waktu tenggelam lah aku Ke dasar cinta mu Seribu tahun tersiksa Sesaat lupa segala Sesaat di dalam dakapan sinar mu kekasih ku Kadang rasanya syok sungguh bila dilamun cinta kan hehehe… tapi syok tu syok juga, solat jangan lupa, Allah kita dahulukan, InsyaAllah. Orait guys, Razzi out dulu ok. Till next article. Love, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmanmusic.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Jauhi diri dari DADAH!
Bukan iklan anti dadah ni ya, bukan juga artikel tentang dadah. Sebaliknya, ianya adalah tentang salah satu SINGLE yang Razzi nyanyikan bertajuk PERANGKAP FITNAH 🙂 Boleh dengar lagunya di youtube channel Razzi atau di laman video-video muzik saya. Perangkap FitnahLagu/Lirik: Yusni YusofFusion Records MY Studio Kerana dia, Kau dibenciKerana dia, Kau hilang diriKeluarga dihina dicaciMereka menjauhkan diri Penyakit dianggap jenayahbrSakit dianggap runtuhnya akhlakKerana pengaruhnyaMengubah watakKau dipandang, Dengan kebencian Ayah ibu, tak terhingga maluKau dipandangDengan kejahatanUndang-undang,Telah menentukanPenjara dan sebatan sebagai gantianJika tiada tunaiDitunaikan Wahai insanYang miliki fikiranMana mungkin si bijakMemilih jalan syaitanPasti ada Pengaruh dan tekananMereka tewasDengan ujian Uh-hu-wo-oh Hm-hm-hm Hukuman tak pernah beri, KebajikanHanya menambah kebinasaanNasihatilah hanya pada, yang warasUsah perbodohkan diriKerana kurang mengertiUh-hu, uh-hu Kerana kurang mengerti Love, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmanmusic.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
10 SEBAB mengapa anda PERLU MEMILIKI Laman Web Profesional
Tanpa memiliki website, anda PASTI KETINGGALAN. Apatah lagi apabila pesaing anda memiliki laman web yang lengkap dan sempurna, ini membuatkan jualannya lebih tinggi malah, lebih ramai yang mengenali jenamanya pula! Jadi jangan sampai ini berlaku kepada anda, ketahui 10 SEBAB mengapa anda PERLU MEMILIKI Laman Web Profesional: Meningkatkan KREDIBILITI: Content di laman web yang di design dengan baik memberi imej professional. Ini memastikan pelanggan yakin dengan website anda. Lalu ianya meningkatkan KREDIBILITI PERNIAGAAN anda / JENAMA anda di mata pelanggan. Mudah ditemui di ONLINE: Dengan laman web profesional, perniagaan anda lebih mudah ditemui melalui enjin carian seperti Google, atau sebagainya. Ini membuka peluang kepada anda untuk menarik lebih ramai pelanggan atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang anda dan produk anda. Perniagaan 24/7: Laman web membolehkan pelanggan mengakses maklumat tentang perniagaan anda atau membuat belian pada bila-bila masa sahaja. Tidak seperti perniagaan tradisional yang pelanggan terpaksa bergantung kepada waktu operasinya yang sering tidak sama dengan waktu pelanggan inginkan. Mempamer keseluruhan perniagaan: Laman web professional juga dapat dipenuhi dan dipamerkan portfolio, produk, perkhidmatan, dan testimoni pelanggan, untuk meningkatkan daya tarikan dan menambah keyakinan kepada prospek lama dan baru. Pemasaran yang LEBIH MELUAS: Dengan adanya laman web, anda boleh melakukan pemasaran digital tanpa had! Anda boleh dikenali ke seluruh negara, malah boleh menjangkau ke SELURUH pelusuk dunia jika mahu. memberikan ruang untuk menerapkan strategi pemasaran digital seperti SEO, pemasaran media sosial, dan iklan dalam talian. Mengumpul Data Pelanggan: Anda boleh menggunakan laman web untuk mengumpul data pelanggan yang mendaftar kepada newsletter bulletin anda. Ini penting untuk merancang strategi pemasaran. Persaingan yang LEBIH HEBAT: Semakin hari, semakin banyak perniagaan beralih kepada digital, tidak memiliki laman web profesional boleh menyebabkan anda ketinggalan berbanding pesaing yang ada website professional yang lengkap. BELIAN atas TALIAN: Jika anda menjual produk atau perkhidmatan, laman web adalah saluran utama untuk menjalankan perniagaan ONLINE atau ‘atas talian’ yang mana ianya memudahkan transaksi pembayaran EPAY, PAYPAL, SENANGPAY, Maybank2U dan perbagai lagi. Mudah menjawab SOALAN PELANGGAN: Laman web menyediakan ruang untuk menjawab soalan lazim (FAQ), yang boleh mengurangkan keperluan pekerja melayan pelanggan di bahagian Customer Service Department. Bebas MENGAWAL REKABENTUK: Anda mempunyai kawalan penuh ke atas kandungan dan reka bentuk laman web, berbanding dengan platform media sosial yang mempunyai had tertentu. Memiliki laman web profesional adalah langkah penting dalam mengembangkan perniagaan dan mencapai kejayaan jangka panjang. Sudahkah anda memiliki sebuah laman web professional? ** Anda mahu memiliki sebuah laman web professional? Sebuah website yang boleh membuat jualan? Yang boleh mempamerkan produk atau perkhidmatan anda? KAMI BOLEH DESIGN UNTUK ANDA! Klik di sini untuk maklumat lanjut. Ikhlas, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
5 perkara BEST, bila, PENYANYI ada TEAM
Sebagai penyanyi senior atau pun junior, malah jika hanya baru-baru nak keluarkan single, memang BEST SANGAT jika anda ada TEAM yang solid, berpengalaman dan bijak dalam strategi plan pemasaraan. Best sebab ianya memastikan karier anda berkembang dengan padu dan lancar. Berikut adalah 5 perkara BEST, bila PENYANYI ada TEAM! Management WAKTU dan JADUAL Dunia muzik sering padat dan penuh dengan berbagai komitmen, seperti promosi, interview di radio/tv, rakaman studio, photoshoot dan sebagainya. Bestnya bila ada team, merekalah yang ORGANISING semua ini, seorang penyanyi boleh ketinggalan dan menghadapi kesulitan untuk mengikuti jadual yang sibuk. Team manager lah yang akan memastikan semua tersusun rapi demi menghindari dari kegagalan dan tidak berdisiplin. Mereka jugalah yang mengatur semua aspek logistik, seperti perjalanan dan accomodation, person to meet, agar penyanyi boleh fokus kepada membawa diri dengan baik di khalayak ramai atau memberi perhatian kepada latihan rakaman dan plan persembahan. Meningkatkan Kualiti, Produksi dan Kreativi Sebagai seorang penyanyi, kualiti muzik dan penampilan adalah perkara utama. Team produksi yang meliputi composer, sound engineer, dan producer akan membantu meningkatkan kualiti nyanyian, malah termasuk karya muzik penyanyi. Baik dari segi teknik maupun kreativiti. Tanpa pengalaman mereka, seorang penyanyi mungkin kesulitan mewujudkan idea-idea yang lebih besar. Input dari team produksi, tak ternilai harganya, memang The Best! Membina dan Mengendali PERSONAL BRANDING Sebagai penyanyi, berkongsi kisah hidup atau cerita peribadi yang boleh memberi inspirasi sebenarnya adalah sesuatu yang penting.BESTnya kata sini, anda ada TEAM Pemasaran pula yang bijak mengendalikan media sosial dalam menyusun strategi branding, menciptakan naratif yang terbaik buat public kenali anda. Semua “Brand Story” ini atau Bahasa bukunya, “Perosnal Branding” , dengan genius dikongsikan di Instagram, TikTok, YouTube, dan sebagainya. Anda pun BEST je rasa. Menjaga dan membantu EMOSI Karier sebagai penyanyi tidak hanya tentang bakat, tetapi juga penuh dengan tekanan emosi. Jika seorang penyanyi tidak sabar dengan kata-kat Nista dan komen-komen netizen yang mulut ‘longkang’ dan bahasa kesat, penyanyi boleh ‘SNAPPED!’ meletup, naik darah marah, maki hamun… BURN terus lah kalau macam tu, hancurlah karier penyanyinya tu. Expectation dari peminat sentiasa tinggi dan mengharapkan anda PERFECT. Masa inilah anda perlukan bantuan mental yang sangat penting. Team yang baik boleh membantu penyanyi mengatasi stress, kecemasan, dan menjaga tekanan mental dalam menghadapi cabaran dari dunia hiburan yang ‘ganas’ ini. Aktif memaparkan KONTEN yang baik! Nak lagu disukai ramai, ANDA PERLU AKTIF di online SEBELUM anda launch your single, atau release lagu baru! Kena miliki BANYAK KONTEN yang bermanfaat sambil slowly menerapi lagu baru anda. Kena ada VIDEO-VIDEO, POSTER-POSTER, Pelbagai POST, Sharing STORIES. Semu ni kena up di channel Youtube, post di Tiktok & Reels, repeat post di Facebook, Instagram. Malah broadcast juga di Whatsapp. Nak lagi baik, whole thing dimuatkan pula di official website anda! Baru MALATOP! Bestnya bila ada TEAM. Merekalah yang buatkan semua REALITINYA : Nak best kenalah HIRE TEAM, BUT tak semua orang mempunyai MODAL untuk hire those “A LISTER” TEAMS. Jadi jika nak jimat, terpaksa BUAT SENDIRI SEMUA. Cuma, persoalannya, boleh ke? Sempat ke? Ada masa ke? Untuk pemasaran di sosial media sahaja pun sudah terlalu banyak kerja, dan amat memenatkan ini sudah terbukti. BUT, Bagaimana jika ada TEAM yang baik, dan boleh bantu DESIGN semua konten Sosial Media anda dengan HARGA yang sangat BERPATUTAN? INI AMAT MEMBANTU KAN?…BEST TAK? Jadi anda pula boleh fokus kepada meningkatkan kualiti show, mutu rakaman dan produksi anda. Jika berminat, kami boleh bantu. Ketahui lebih lanjut, KLIK DI SINI Ikhlas, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
5 TIP MEMBANTU Penyanyi Baru, BERJAYA!
Dari pengalaman lebih 20 tahun sebagai penyanyi di dalam industri muzik tanahair, depan dan belakang tabir, saya dapat melihat sendiri bagaimana jatuh bangunnya seseorang penyanyi. Mungkin sedikit input dan perkongsian dari saya ini, boleh membantu penyanyi-penyanyi baru untuk mulakan karier di dalam industri muzik, dan insyaAllah, berjaya akhirnya. Di bawah saya kongsikan beberapa tips yang PASTI dapat membantu anda untuk BERJAYA :- BINA IDENTITI dan Gaya Unik yang tersendiri Sebagai penyanyi baru, penting untuk memiliki gaya yang khas dan berbeza dari penyanyi yang lain. Ia boleh dibina dari segi suara dan penyampian nyanyian anda. Malah, penampilan juga boleh membezakan anda dari artis lain. Penonton akan lebih mudah mengingati dan rasa ada connections dengan penyanyi tersebut sekiranya dia memiliki identiti yang kuat dan original. BANYAKKAN LATIHAN dan KEMBANGKAN TEKNIK VOKAL Memiliki VOKAL dan bakat yang BAIK pastinya menjadi aset utama bagi seorang penyanyi. Meskipun begitu, AMAT PENTING jika ianya terus dilatih secara konsisten! Malah vokal yang terlatih akan menjadi lebih baik. Ianya boleh meningkatkan kualiti dan mutu suara anda. Dari sini, teknik pernafasan juga mula berkembang. Malah anda akan mula mampu menyanyi dengan perbagai gaya dan bijak control voice. Ikuti pelajaran vokal dan eksperimen dengan berbagai genre muzik untuk mengasah kemampuan anda serta memilih teknik vokal yang mana paling sesuai dengan suara dan jiwa Nurani anda. BINA JEJAK DIGITAL Tak perlu saya tekankan di sini, pastinya anda sudah memiliki jejal anda sendiri di Media Sosial kan. Di era digital ini, kehadiran di ONLINE sangat penting. Manfaatkan setiap platform media sosial seperti Instagram, TikTok, YouTube, Spotify dan sebagainya untuk rapat dengan peminat baru anda. Gunakan platform2 ini untuk mempromosikan karya muzik anda. Konsisten dalam membuat konten yang relevan dan menarik untuk audien yang mana, mereka pula akan turut membantu tanpa sedar apabila mereka mula berkongsi dengan para sahabat mereka. Ini pastinya menambah pengikut dan meningkatkan visibility anda di atas talian. Bersedialah untuk melakukan live performance kerana ia boleh menyakinkan anda sebagai seorang penyanyi yang berbakat, bukan penyanyi ala kadar Sahaja. BINA JARINGAN dengan golongan Profesionals Menjalin hubungan dengan producer, musicians, atau composer dapat membuka banyak ruang dan peluang. Hadiri setiap Music Event, dan mula berkenalan dengan golongan profesional ini. Mudahkan diri anda untuk turut berkolaborasi, dan jangan ragu untuk mencari mentor yang mampu menegur vokal anda serta memberi arahan, dan tunjuk ajar yang baik untuk seorang penyanyi berjaya. Jaringan yang baik adalah kunci untuk kejayaan besar di masa hadapan anda. KONSISTEN DAN SABAR JANGAN MUDAH PUTUS ASA! Karier muzik tidak selalunya berjalan lancar. Akan ada KEBUNTUAN dan HALANGAN. Beri masa untuk belajar dan berkembang. BE CONSISTENT! Solat 5 waktu jangan tinggal dan kuatkan kesabaran anda! Jangan terlalu cepat menyerah meskipun menghadapi kegagalan atau rintangan. INGAT, Allah ada Bersama anda, InsyaAllah, teruslah menguji tahap vocal dan berusaha meningkatkan kualiti dan cara penyampaian. Kesabaran dan konsistensi adalah kunci untuk meraih kejayaan jangka panjang. Dengan kombinasi bakat, usaha, dan strategi yang tepat, penyanyi baru dapat meningkatkan peluang mereka untuk sukses di dalam Muzik Industri hari ini, InsyaAllah. Ikhlas, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Jadi PENYANYI boleh KAYA?
“Adakah jadi PENYANYI benar-benar boleh KAYA?” Hidup seorang artis memang glamour… photoshoot sana sini, keluar magazine, dipuja ramai, pergi mana pun orang kenal, bawa kereta sport, mewah dan kaya raya… tetapi REALITINYA? adakah anda tahu?Sebenarnya, sebahagian besar dari mereka, NAMPAK saja GLAMOUR!Contoh : Tengok gambar majalah story Razzi Rahman ni. 1st sekali kereta BMW tu pinjam! Baju sutera tu company sponsor. Seluar tu company yang beri bajet beli untuk photoshoot… Yang saya punya betul punya adalah Kasut Baldu tu, itu pun kawan hadiah beli kat UK. See… nampak saja glamour tetapi realitinya hanya manusia biasa saja. Kadang lebih teruk dari biasa. Seorang artis, tak kiralah penyanyi atau pelakon jika benar-benar ingin berjaya dalam hidup, sekurang-kurangnya perlu ada bisnes sendiri yang konsisten menjana pendapatan secukupnya untuk menampung kehidupan. Jika tidak… nak harap show, gigs, jobs… mungkin susah untuk maintain. Sekiranya anda nampak artis belum berjaya pun dah banyak duit, mewah, kaya raya tu… selalunya mereka ni samada : Memang asal kaya, sebelum jadi artis lagi dah kaya. Atau datang dari keluarga VIP yang punya kemewahan atau dah kaya raya. Artis yang nampak berjaya dan kaya selalunya Ada PERNIAGAAN dan bijak dalam menguruskannya. Bijak menggunakan nama mereka untuk melariskan perniagaan tersebut. atau Memang POPULAR, popular pula tahap tinggi macam Dato Siti Nurhaliza. All those income dari jadi Duta, dari konsert dan show sendiri.Jika hasil dari glamoran kosong saja artis tu… belum tentu berjayalah. Belum ada lagi yang saya jumpa yang benar-benar mewah. Yang ada hanya NAMPAK sahaja. Rekaan semata-mata untuk mengaburi mata peminat. Sebab itulah saya sendiri pun masih berusaha untuk menjayakan diri. Masih mengusahakan bisnes sendiri. Barulah boleh hidup selesa sedikit. Kalau nak harap hasil dari nyanyian atau show? Merana laa Sebenarnya, saya cukup memerlukan SOKONGAN anda. Sudil-sudilah menggunakan PERKHIDMATAN DESIGNING KONTEN dari team kami. Please, ketahui lebih lanjut servis terbaik yang saya tawarkan – klik di sini#artismalaysia #rock #bisnes #muzik Razzi Rahman Singer & Designer Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
3 Kekecewaan, Seribu kegagalan!
Satu kenangan pahit yang tidak dapat saya lupakan di dalam hidup saya adalah, melihat sebuah impian kejayaan yang boleh dikecapi, berlalu pergi begitu sahaja di depan mata saya sendiri. Apakah kenangan pahit itu? Teruskan membaca… saya akan ceritakan satu persatu, kisah pahit ini… Assalamualaikum, saya Razzi Rahman, album pertama saya, CERPEN. Boleh dianggap berjaya, artis baru, belum dikenali, tetapi dapat mencipta beberapa lagu popular dari komposer-komposer popular. Antaranya: Cerpen – Fauzi Marzuki/Bob Lokman Layunya Taman Cinta – Wan Zul/Azam Dungun Syakila – M.Nasir – Ke Final Juara Lagu 1992 Rembulan Kesiangan – Saari Amri/S.Amin.Shahab – Top Song di beberapa carta stesen radio Malaysia, Singapura dan Brunei. Bersyukur sangat dapat berkerjasama dengan barisan komposer/lyricist yang hebat dan terkenal seperti, M.Nasir, Saari Amri, Wan Zul, Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Zul Mahat, S.Amin.Shahab, Habsah Hassan, Loloq dan ramai lagi. NAMUN, Album Kedua, Ke Dasar Cinta Mu, jauh tersasar! Boleh dikatakan, gagal sebenarnya. Sedangkan lirik puitisnya ditulis oleh S.Amin Shahab. Malah lagu ini pula terpilih menjadi lagu tema OST Filem ‘Putera’ – Di mana silapnya? Kekecewaan No 1 Tidak seperti album pertama, untuk album kedua langsung tidak ada ‘Radio Promo’ jadi bagaimana pendengar nak tahu wujudnya album kedua saya. Masa album pertama, habis kesemua stesen-stesen radio di seluruh negara kami lawati sampai Sabah, Sarawak kami buat temuramah sambil memperdengarkan lagu-lagu hit di corong-corong radio. – ‘Maklum sajalah, bukan ada Tiktok lagi masa ni’ Kekecewaan No 2 Tidak ada Road Show! – Masa album pertama, habis ceruk rantau kita masuk, felda-felda, kampung-kampung, kita buat free show, menyanyi Live di depan orang ramai. Ya lah, zaman dulu-dulu, mana ada media sosial seperti sekarang. Now much easier la kan… – Saya ingat lagi dulu, saya pernah menyanyi live di kilang-kilang, di Mydin, supermarket dan hampir di seluruh taman-taman, jadi memang ramai penonton dapat mengetahui dan mendengar sendiri. Kekecewaan No 3 Tidak ada sesi-sesi ‘BERTEMU PEMINAT’ – Zaman tanpa Media Sosial, perkara paling penting adalah pertemuan bersama peminat. Dari mulut peminat-peminat inilah seseorang penyanyi boleh jadi popular dan mudah menular ke seluruh peminat muzik tanah air. TETAPI, malang sekali buat diri saya, saya melihat peluang untuk mencapai impian terlepas begitu sahaja. Saya hanya dapat tanya mengapa tak buat itu, mengapa tak buat ini… jawapannya, nanti, nanti, dan nanti… tak ada bajet lah, tak ada staff lah… Sedih sangat. 3 Kekecewaan, Seribu Kegagalan! Mengapa seribu kegagalan? Kerana sesungguhnya jika 3 kekecewaan saya itu dapat dibendung, dapat dilakukan sebaliknya, hasil darinya, NILAI KEJAYAAN itu adalah seolah-olah seperti BERIBU KEJAYAAN yang bakal dikecapi. Kalaulah boleh dielakkan… Zaman SOCMED TETAPI anda kini berada di zaman SOCMED (Social Media) Zaman teknologi Media Sosial, Content is KING! Anda boleh elakkan kegagalan dan kekecewaan yang pernah saya alami itu. Zaman sekarang, rakam sendiri, promote sendiri, tak perlu berharap pada syarikat rakaman dah. Jadi, untuk Launch Your Single dan mulai dikenali ramai, anda boleh melakukannya SENDIRI! YES, zaman sekarang anda yang membuat keputusan, Anda yang menentukan samada anda mahu berjaya atau tidak. Kenapa? Kerana Road Show, Road Tour, Fan Meet up semuanya boleh dilakukan secara ONLINE! Dengan adanya Facebook, Instagram, Reels, Tiktok, Youtube anda boleh jadi sangat dekat dengan peminat anda. POST je setiap hari, pelbagai poster-poster dan pelbagai video-video tentang perkembangan anda, teaser video, countdown video, brand story video, review video, behind the scene dan sebagainya, maka mudahlah peminat-peminat mengenali anda dan lagu-lagu anda. Yang penting KONSISTENSI. TETAPI, cukup ke masa untuk anda lakukan kesemuanya tu? Memang betul anda MESTI buat banyak perkara dan banyak yang nak difikirkan. Kena plan strategi konten apa yang nak dibuat Kena plan juga waktu-waktu untuk posting. Kena design cantik-cantik poster untuk platform digital. Kena design cover art dan youtube cover image untuk nampak pro Kena buat banyak pelbagai jenis video. Sejujurnya, kesemua ini memang rumit dan susah nak buat secara konsisten! BAGAIMANA jika, kami ada team yang boleh uruskan media sosial anda, anda tak perlu fikirkan apa-apa lagi. Semua itu kami buatkan : Video – Kami buatkan. Poster – Kami buatkan. Youtube Cover Image – Kami buatkan. Design Cover Art spotify, itunes, joox, – Kami buatkan. Pelan 1 bulan sebelum dan selepas anda launch lagu/single terbaru anda – semua kami buatkan. BEST TAK? Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang service ini dengan lebih lanjut… Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut Razzi Rahman Singer & Designer Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Poster – TAK PENTING?
APA? Tak penting? – 🙂 Please be clear, apa sahaja bentuk platform, tools, dan perkara yang boleh digunakan mempromosi apa sahaja di Media Sosial, pastinya ia adalah sangat penting. Yes, VIDEO sangat penting. But POSTER juga adalah salah satu tools yang sangat penting dalam mempromosi BISNES, JENAMA, PRODUK dan pastinya, khas buat untuk promote lagu single anda yang bakal release itu. Di atas adalah salah satu di antara POSTER (teaser style) yang telah saya gunakan sewaktu mempromosi one of the single saya yang bertajuk BILA. – Effort kami satu team sepanjang period of promo lagu ini, jika boleh saya katakan, ianya moderate lah. Dan tidak sepenuhnya, tidak full force. Jadi resultnya, bukan tidak berjaya, cuma boleh berjaya lebih lagi. Apa yang sepatutnya saya lakukan sebelum saya publish single BILA ini dulu adalah, PERBANYAKKAN lagi poster-poster teaser, poster countdown, poster info. BANJIRKAN media sosial saya dengan video-video info dan teaser tentang single BILA PANJANGKAN masa promo, sebelum ke waktu LAUNCH the single. Cara ini, saya yakin single Bila boleh mencapai kejayaan dengan lebih jauh lagi. Tetapi, kami masa tu teruja sangat nak publish it haha 😀 , nak release awal, jadi seingat saya, kami hanya sempat buat video lirik sahaja dan beberapa teaser video, poster dan short countdown. However, lagunya best, so tinggi jugalah jumlah yang STRIM lagu ini di spotify dan watch hours di youtube. Tapi kalau strategi betul, Well, can be a lot better actually. – Lesson Learnt! Kini team kami yakin dengan strategi yang betul dan dari pengalaman lalu, InsyaAllah kami boleh mendapatkan result yang baik yang mana pastinya boleh membantu anda pula untuk LAUNCH YOUR SINGLE. Ketahui lebih lanjut, KLIK DI SINI ikhlas, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Cipta. Rakam. Miliki Lagu Hit Anda!
Zaman sudah berubah! Jauh berubah… sesiapa sahaja boleh jadi PENYANYI! Kebanyakan individu sekarang tidak perlu nak mengharapkan syarikat rakaman lagi hanya untuk rakam lagu. Dengan sedikit bajet, anda boleh Cipta lagu sendiri, Rakam lagu sendiri dan Miliki Lagu Hit Anda! Namun, sudah tentu kalau ada orang nak sponsor, lagi seronok! 😀 Tambah pula, disuruh buat perkara yang sangat saya suka buat dalam kehidupan saya… MENYANYI. Dan paling seronok adalah beberapa jam di dalam studio recording. Anda boleh suruh saya belasah berapa jam pun tak apa kalau duduk dalam studio tu. Takkan puas punya haha… lagi lama lagi best! So thats why bila saya diberi peluang oleh kawan saya, Dalin Lien Da, untuk merakamkan lagu, satu lagi New Single bertajuk BILA, di mana lirik adalah ciptaan beliau, saya terus teruja. Tambah dapat lagu yang best pula, susunan muzik yang masyuk di jiwa by bro Syahir Miswan, music engineer dari Longan Garage… perghhh… tak sabar lah saya nak masuk studio balik. BILA Artis : Razzi Rahman Lirik : Dalin LienDa Komposer : Alipp Aripin, Yush Muzik : Longan Garage Studio Digital Distributor : Fusion Records MY Producer : Dalin LienDa Sekiranya anda juga teruja nak merakam lagu/single terbaru anda, apa kata anda cuba dengan Longan Garage Studio, pasti puas hati. Dah lebih 5 lagu saya rakam bersama mereka! 🙂 – (Ini serius cakap, tak dapat komisen pun saya rekomen ni) Tidak seperti studio rakaman yang lain, Longan Garage Studio memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pakej harga yang sangat berbaloi, lebih jimat, dan lengkap sepenuhnya! klik di sini untuk perkhidmatan rakaman SINGLE (Full Production) Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved