Poster – TAK PENTING?

APA? Tak penting? – 🙂 Please be clear, apa sahaja bentuk platform, tools, dan perkara yang boleh digunakan mempromosi apa sahaja di Media Sosial, pastinya ia adalah sangat penting. Yes, VIDEO sangat penting. But POSTER juga adalah salah satu tools yang sangat penting dalam mempromosi BISNES, JENAMA, PRODUK dan pastinya, khas buat untuk promote lagu single anda yang bakal release itu. Di atas adalah salah satu di antara POSTER (teaser style) yang telah saya gunakan sewaktu mempromosi one of the single saya yang bertajuk BILA. – Effort kami satu team sepanjang period of promo lagu ini, jika boleh saya katakan, ianya moderate lah. Dan tidak sepenuhnya, tidak full force. Jadi resultnya, bukan tidak berjaya, cuma boleh berjaya lebih lagi. Apa yang sepatutnya saya lakukan sebelum saya publish single BILA ini dulu adalah, PERBANYAKKAN lagi poster-poster teaser, poster countdown, poster info. BANJIRKAN media sosial saya dengan video-video info dan teaser tentang single BILA PANJANGKAN masa promo, sebelum ke waktu LAUNCH the single. Cara ini, saya yakin single Bila boleh mencapai kejayaan dengan lebih jauh lagi. Tetapi, kami masa tu teruja sangat nak publish it haha 😀 , nak release awal, jadi seingat saya, kami hanya sempat buat video lirik sahaja dan beberapa teaser video, poster dan short countdown. However, lagunya best, so tinggi jugalah jumlah yang STRIM lagu ini di spotify dan watch hours di youtube. Tapi kalau strategi betul, Well, can be a lot better actually. – Lesson Learnt! Kini team kami yakin dengan strategi yang betul dan dari pengalaman lalu, InsyaAllah kami boleh mendapatkan result yang baik yang mana pastinya boleh membantu anda pula untuk LAUNCH YOUR SINGLE. Ketahui lebih lanjut, KLIK DI SINI ikhlas, Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Cipta. Rakam. Miliki Lagu Hit Anda!

Zaman sudah berubah! Jauh berubah… sesiapa sahaja boleh jadi PENYANYI! Kebanyakan individu sekarang tidak perlu nak mengharapkan syarikat rakaman lagi hanya untuk rakam lagu. Dengan sedikit bajet, anda boleh Cipta lagu sendiri, Rakam lagu sendiri dan Miliki Lagu Hit Anda! Namun, sudah tentu kalau ada orang nak sponsor, lagi seronok! 😀 Tambah pula, disuruh buat perkara yang sangat saya suka buat dalam kehidupan saya… MENYANYI. Dan paling seronok adalah beberapa jam di dalam studio recording. Anda boleh suruh saya belasah berapa jam pun tak apa kalau duduk dalam studio tu. Takkan puas punya haha… lagi lama lagi best! So thats why bila saya diberi peluang oleh kawan saya, Dalin Lien Da, untuk merakamkan lagu, satu lagi New Single bertajuk BILA, di mana lirik adalah ciptaan beliau, saya terus teruja. Tambah dapat lagu yang best pula, susunan muzik yang masyuk di jiwa by bro Syahir Miswan, music engineer dari Longan Garage… perghhh… tak sabar lah saya nak masuk studio balik. BILA Artis : Razzi Rahman Lirik : Dalin LienDa Komposer : Alipp Aripin, Yush Muzik : Longan Garage Studio Digital Distributor : Fusion Records MY Producer : Dalin LienDa Sekiranya anda juga teruja nak merakam lagu/single terbaru anda, apa kata anda cuba dengan Longan Garage Studio, pasti puas hati. Dah lebih 5 lagu saya rakam bersama mereka! 🙂 – (Ini serius cakap, tak dapat komisen pun saya rekomen ni) Tidak seperti studio rakaman yang lain, Longan Garage Studio memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pakej harga yang sangat berbaloi, lebih jimat, dan lengkap sepenuhnya! klik di sini untuk perkhidmatan rakaman SINGLE (Full Production) Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
Poskad Razzi Rahman

POSKAD GAMBAR – Ingat lagi tak penggunaan poskad gambar ini zaman dolu-dolu you all? Siapa pernah guna, haaa mesti dah senja macam Razzi lah tu 😀 😀 Terjumpa pula poskad saya ni dalam kotak simpanan lama-lama, tu yang teruja nak share story sikit kat sini – Pertama kali syarikat recording Denoris membuat keputusan untuk buat Poskad Gambar, menggunakan gambar saya sendiri dari Album lagu pertama saya dulu, Cerpen, fuhhh… tersentuh di hati, terasa-rasa betapa dihargainya diri ini, perghhhh… terasa BANGGA lah juga kan. Ya lah kan, mana nak ada buat sendiri kalau zaman dolu-dolu ni power tuuhhh… zaman sekarang nothing laa . Masa ni, setiap surat-surat dari peminat dan fan seluruh Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, Razzi akan balas dengan menggunakan Poskad inilah. Haaaa…. peminat memang suka sangatlah. Punya bangga juga, siap pos kan poskad tu kat arwah Mak Razzi lagi kat kampung, menangis-nangis mak baca tulisan saya, kakak saya cakap hehe… Mak saya turut berbangga dengan anak bongsu dia ni yang susah sangat nak balik kampung semenjak menjadi penyanyi. Telefon pun jarang-jarang sekali. Ish-ish tak baik betul la kan kalau diingat masa masih anak muda dulu. Yang kelakor, Mak siap tunjuk kat semua sedara dan jiran yang datang rumah hahaha… malu la pulak. Sebab Razzi ada tulis rindu mak, sayang mak, doakan Ji, maafkan Ji tak dapat balik (Ji Panggilan Manja ) Sangat bererti sebenarnya POSKAD di ketika itu. Infact, apabila menerima SURAT bukan EMAIL tau, SURAT dari kawan atau girlfriend perghhh, seronok baca. Bukan macam zaman sekarang, baca whatsapp, baca email… TAK ADA JIWA dahhh… hilang ‘SOUL’ dia, tak menusuk di jiwa sangat. Membaca surat cinta?, perghhhh…. lagi sebak di dada wo. Kena pulak yang mendayu-dayu…lagi banyak helai surat tu lagi bermakna. Seronok… malah, kalau baca surat kecewa cinta pun seronok juga… seronok dalam tangisan haha… berair-air mata menangis-nangis sedih. Tapi budak-budak sekarang dah tak merasa dah all this. Semua sibuk dengan gajet dan teknologi canggih dah kan… tiada lagi, “Berdebar-debar jantungku, membaca beritamu dari jauh, sentuhan jiwa di kalbu nan pedih merindukan mu… di saat kau tiada di sisiku di hari lahir mu….” aduuuhhhhh Budak-budak sekarang, “HB Bie… xbalik ek?” haha… NOTA KAKI Dunia hari ini, begitulah keadaannya. Dengan Media Sosial yang berleluasa, masing-masing dapat memberi kata-kata mereka sendiri, tanpa segan silu. Dunia tanpa sempadan, melontar bahasa yang kurang enak tanpa memikirkan ianya boleh menggambar diri anda sendiri. Ya, memanglah kita juga terpaksalah mengikut peredaran zaman. Whatsapp pun, whatsapp lah… tapi Razzi cuba menghantar mesej tu yang tidaklah terlalu shortform sangat… kalau boleh yang nice and neat lah. Bukan wechat style. Apa-apa pun kita kena ingat, KERANA, Bahasa menunjukkan BANGSA dan BUDAYA kita. Janganlah hilang bahasa dan budaya kita hanya kerana teknologi semasa. Hargai nilai BAHASA KITA, peliharai maruah diri, InsyaAllah. MISS masa lalu… Di saat mengecapi segala-gala kebahagiaan, moga dapat kembali ke saat yang sama sebegitu…. Aaminn. Ikhlas dari, Razzi Rahman
Suara macam KATAK KEMBUNG!

Sewaktu masih bertugas bersama syarikat Penerbangan MAS di Subang Airport suatu masa dahulu, Razzi sering mencuba untuk menjadi penyanyi … masa tu, teramat ingin menjadi penyanyi huhu 😀 (Actually dari kecil lagi dah berangan nak jadi penyanyi) Bermacamlah cara Razzi cuba. Audition sana sini. Macam-macam Singing Contest semua try. Buat demo tape hantar ke syarikat rakaman… Tapi gagal, gagal dan gagal lagi. Langsung tak terpilih dalam apa-apa pun. Usah cakap nak dapat offer. Call back pun tak ada you… sedih, sedih 🙁 satu ketika tu, saya dalam kekecewaan pulang dari audition, sampai rumah… seseorang telah bertanya; “Mengapa sedih je muka tuu?” Razzi jawab ; “Kalah lagi dalam pertandingan nyanyian… tak dapat nombor apa pun, pusingan awal pun tak lepas” Ingatkan dapatlah belas kasihan dari dia, atau kata-kata semangat ke… tapi rupa-rupanya apa yang saya dapat? “DAH SUARA macam KATAK KEMBUNG, camana nak menang!!” Fuuu… PEDIHHH!! 🙁 🙁 Saya teramat kecewa, putus asa and you know what happen, lebih SETAHUN saya berhenti menyanyi. Berhenti mencuba mana-mana audition atau pertandingan. GIVE UP! Sehinggalah seorang kawan di MAS, Wahidin nama dia. Dalam diam-diam telah memasukkan nama saya kali ke 2 setelah gagal tahun lepas, dalam pertandingan menyanyi di BAKAT MAS. Tiba masa nak audition, saya ingat lagi saya tertidur di bilik rehat selepas penat bekerja. Langsung dikejutkan kawan, dipaksanya ke audition. Saya dengan mamai tak tahu apa… pergi je lah. Pastu belasah je menyanyi lagu Wings, Sejati. Punyalah terkejut saya!. Ramai bersorak dan suka dengan nyanyian saya. Dan seterusnya saya lepas, pusingan demi pusingan akhirnya membawa saya ke malam FINAL! Namun… Saya KALAH. Dapat tempat no 3. Tetapi sayalah peserta favourite malam tu yang mendapat sorakan paling gemuruh! Siap keluar berita di Newspaper Malay Mail, Berita Harian dan juga NST dengan tajuk – “Fan favourite Rocker Razzi Rahman” Dan orang yang KUTUK SUARA saya, suara KATAK KEMBUNG, ada duduk di depan sekali di auditorium bandaraya tersebut, memberi tepukan paling gemuruh sewaktu pertunjukan final malam itu… dialah arwah kakak saya, Zuraidah Rahman. Terkejut saya masa perform nampak dia kat depan sekali. Di situlah bermulanya, saya mendapat tawaran menjadi recording artist. Dari saat itu, saya tidak pernah lagi berhenti menyanyi… NOTA KAKI: Imagine jika saya terus bersedih dan putus asa bila dikutuk suara macam katak. Terus-menerus give up, sudah pastinya saya akan terus hidup dalam kegagalan…maka tak merasalah impian saya dari kecil itu, tiadalah Syakila, ciptaan M.Nasir, tiadalah Rembulan Kesiangan ciptaan Saari Amri untuk saya dendangkan, dan tiadalah saya di sini hari ini. Nasib baik, saya masih memiliki orang-orang rapat yang percaya saya boleh berjaya dan kerana merekalah saya kuatkan semangat, dan terus berusaha. Selebihnya Allah s.w.t punya kuasa menentukan takdirnya. “Don’t Give Up, Keep your faith and keep moving forward!” “Berkumis you masa I kerja MAS dulu haha ” Gi miss arwah Kak Zu :'( ikhlas, Razzi Rahman
Apa yang unik tentang Laman Web anda?

Mungkin memiliki sebuah laman web kepada anda adalah satu impian biasa. Akan tetapi bagi seorang usahawan yang serius, Laman Web adalah SATU KEJAYAAN! Laman web atau perbualan biasa kita guna, WEBSITE adalah sesuatu yang sangat penting bagi seorang usahawan sebenarnya. Jika anda seorang usahawan tanpa website, bermakna tahap level bisnes anda belum betul-betul serius lagi tu. Kerana memiliki website yang profesional, design lawa & unik serta memukau pelanggan, perniagaan anda boleh pergi lebih jauh sehingga dapat membuat jualan hingga ke seluruh dunia dan menjana pendapatan yang lumayan. Saya ada 2 kisah antara client saya… Kisah Client No 1 Saya ingat lagi client saya yang risau dengan perniagaan perabutnya. Dia bertanya bagaimana nak pasarkan perabutnya. Saya pun tak tahu, sebab perabut bukan kepakaran saya. TETAPI, internet marketing itu saya tahu. Dan jawab saya, WEBSITE adalah jawapannya. Ada website, maka dengan mudah JENAMA PERNIAGAAN kita boleh diperkenalkan dengan mudah tanpa membawa pelanggan ke kedai kita. Malah jika bijak dalam menyusun konten website kita itu, pelanggan turut akan terpikat dengan barangan kita dan mulai yakin untuk membuat belian. Alhamdulillah, owner kedai perabut tersebut akhirnya telah mendapat ramai pelanggan, dan funny part, pelanggan-pelanggannya ramai dari yang tinggal di sekeliling kedainya sahaja. Boleh bayang tak? 🙂 Kisah Client No 2 Website sudah ada, menjual produk makanan, tetapi tak banyak sales. Website dia buat sendiri sahaja sebab nak jimat. Baguslah sebab bila buat sendiri ni boleh tahanlah jimatnya. Tetapi masalahnya, pesaing-pesaing punya website menggunakan profesional designer. Kemain bersinar produknya, berapi-api cantiknya dengan bermacam funtion pula, camana nak lawan. Pelanggan sure akan lebih tertarik dengan website pesaing anda. Bayangkan macam ni lah, ada 5 kedai sederet, kelima-lima kedai menjual barangan yang sama. Hadir seorang pelanggan dan memandang ke arah kedai-kedai tersebut. Agak-agak anda, kedai mana yang dia akan masuk dulu? Mestilah kedai yang paling menarik dan memikat mata memandang. Kedai yang nampak lebih berkualiti barangannya. Nampak menyakinkan. Kalau nampak berterabur je, kusut masai, bila anda buat jualan murah pun pelanggan anggap barang murah tak ada kualiti, “Malas aku beli!” Itulah dia kisah antara client-client saya, nanti saya ceritkan lagi kisah-kisah client lain pula, now persoalan saya, Soalan saya, Apakah keunikan atau kelebihan Laman Web anda? sehingga boleh mebuat saya membuat belian ni ya… Anda ada website, orang lain pun ada website juga… Bagi saya, DIRI anda sendiri itu adalah keunikan tersendiri ciptaan Tuhan semulajadi dah. JADI, gunalah citarasa anda, kecantikan anda, dan feel anda, kemudian DESIGN lawa-lawa website tersebut mengikut citarasa anda semulajadi, dan PASTIKAN tangan profesional yang design tu. Barulah website anda menjadi unik dan lain dari yang lain. Haaa…. baru boleh bersaing dan menjual! Razzi Rahman Singer & Designer www.razzirahmancreative.com Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved
5 Tip Penting SEBELUM Launch Your Single

KESERONOKAN yang tidak terhingga buat seseorang yang pertama kali melahirkan karya lagunya yang pertama. Lebih-lebih lagi apabila SINGLE terbaru anda kini SIAP! Teruja beb! Lagu terbaru… pergh, kini dah hampir boleh bergelar penyanyi nihhh… now dah boleh LAUNCH! SABARRR dik… Jangan sia-siakan usaha anda selama ini. Sebelum Launch lagu anda tu, sememangnya banyak perkara penting yang perlu anda lakukan terlebih dahulu DEMI untuk melihat single tersebut mulai meniti di bibir para peminat. Antara perkara penting itu adalah : 1 – Strategi kemunculan anda di Media Sosial Sebenarnya, sebelum siap lagu single terbaru anda itu lagi, anda sudah sepatutnya aktif di media sosial dengan pelbagai poster dan video yang memberi 5% – 10% info tentang single anda yang bakal release. Beri sikit-sikit dulu berita anda tu. Kian hari, kian bertambah sedikit akan progressnya. Strategi ini akan membuat netizen atau followers anda mulai CURIOUS dan ingin tahu lebih lanjut. Apabila anda sudah tahu bila nak launch, buatkan 10-20 poster COUNTDOWN, post setiap hari, 10 hari lagi, 9 hari lagi, 8 hari lagi… 😀 hehe barulah ramai yang menanti-nanti. 2 – Design cantik dan profesional Bila keluarkan single ni, Cover Art paling penting kena nampak power, menarik dan memukau orang yang memandang. Cover art ni seumpama Imej Album lagu anda lah kalau zaman dulu-dulu Cover Album ni, syarikat rakaman akan berhabis ribuan ringgit untuk buat designnya. Siap photoshoot profesional dan guna graphic designer untuk design cover agar nampak menyerlah dan memukau. Zaman sekarang, rakam sendiri, design pun bajet sendiri kan, masih boleh menyerlah jika mahu. Design cantik dan profesional sangat penting, di sinilah peminat anda buat pertama kali membuat penilaiannya sebelum mendengar lagu anda pula. Kalau biasa-biasa saja… nanti reaksi peminat pun akan jadi biasa-biasa saja juga. 3 – Video Story telling Video story telling adalah yang paling mudah VIRAL di tiktok dan juga sosial media yang lain. Ada pelbagai jenis story telling. Ada yang tunjuk video story + voice over, (ini Khairul Aming selalu buat) 🙂 – ada yang share video live sambil bercerita dan ada juga buat video, sambil tunjuk video lama-lama, sambil keluar text atau tulisan bercerita tentang kisah di sebaliknya. ANDA KENA BUAT! Tak viral tak apa, kalau viral BONUS! Tapi inilah masanya peminat nak suka kepada anda, mengenali anda. Kerana story anda, adalah KEUNIKAN ANDA TERSENDIRI, Lepas ni mudahlah lagu-lagu anda disukai mereka. 4 – Video Behind The Scene Saya rasa ini adalah video paling mudah dilakukan dan disukai ramai pula. Jadi, jangan banyak alasan… 🙂 rakam semua progres anda, rakam semua tiap langkah anda, rakam perjalanan anda sehingga ke hari ini dan kongsikan di media sosial anda. Ramai nak tengok ni!! – Tapi hati-hati, jangan mengarut-ngarut buat-buat DRAMA! I know, Drama ni ramai orang suka tengok, tetapi kesannya amat negatif dan tidak mendatangkan hasil yang baik di masa hadapan sebagai seorang selebriti/penyanyi. 5 – Strategi Video Teaser Ramai yang menganggap, buat video teaser ni mudah. Buat je 2-3 video editing, sambung sana sikit sini sikit, letak bila nak release lagu, muatkan 10 saat or 30 saat lagu terbaru, POST it, DONE! 😀 TAHUKAH ANDA…kalau di luar negara, video TEASER dikeluarkan SETAHUN sebelum kemunculan sebenar, LAGU atau pun MOVIE yang bakal menemui peminat. Inilah strategi sebenar big-big company. Mereka test the water dulu dan selama sepanjang setahun itulah mereka tweak actual product agar menjadi lebih bagus dan kena dengan selera peminat. KITA mungkin tidak ada bajet untuk buat seperti mereka. Tetapi kita juga tidak boleh anggap teaser itu sebagai sesuatu yang REMEH! Mungkin anda boleh buat 2-3 jenis teaser yang berbeza dan beri peminat tengok dan dengar. Dan rancang masa awal, berilah sebulan at least teaser anda merangsang curiousity peminat dan kemudian baru decide semula bila actual to LAUNCH Your SINGLE!. SO, macamana? Boleh ke buat semua ni? – Jangan rasa tertekan pula atau overwhelmed dengan artikel saya ni. Saya tahu, sejujurnya saya sendiri pun rasa berat juga tugas semua ni nak digalas. Tetapi itulah price for fame orang kata. Anda mungkin akan terfikir, ada ke masa nak buat semua ni, boleh ke aku buat? Memang betul anda MESTI buat banyak perkara dan banyak yang nak difikirkan… Kena plan strategi konten apa yang nak dibuat Kena plan juga waktu-waktu untuk posting. Kena design cantik-cantik poster untuk platform digital. Kena design cover art dan youtube cover image untuk nampak pro Kena buat banyak pelbagai jenis video-video setiap hari. Sejujurnya, kesemua ini memang rumit dan susah nak buat secara konsisten! Saya sendiri pernah laluinya. Tetapi, BAGAIMANA jika, kami boleh hulurkan sedikit bantuan, bagaimana jika kami ada team yang boleh uruskan media sosial anda, anda tak perlu fikirkan apa-apa lagi. Semua kami buatkan : Video – Kami buatkan. Poster – Kami buatkan. Youtube Cover Image – Kami buatkan. Design Cover Art spotify, itunes, joox, – Kami buatkan. Pelan 1 bulan sebelum dan selepas anda launch lagu/single terbaru anda – semua kami buatkan. BEST TAK? Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang service ini dengan lebih lanjut… Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut Razzi Rahman Singer & Designer Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved