Tahun 2023, Razzi ada berazam untuk menyiapkan SINGLE TERBARU dan juga COVER-COVER TERBARU. So InsyaAllah, setiap bulan akan ada sekurang-kurangnya 1 lagu dari Razzi. Samada Cover Or New Single. BUT… yang tercapai, hanyalah single terbaru Sahaja akibat kekangan masa.
- Yang pasti, muzik Slow Rock lah! Klasik tak? moga anda semua kan terhibur.
- So far Razzi sudah ada single sebanyak, 5 kesemuanya. Ada yang diketahui ramai. Ada juga yang tak berapa tahu hehe…
- BUT this time around, KASIH DIA, single ciptaan Razzi sendiri.
*Salah satu cara menghormati teman-teman dan pendengar semua, Razzi bukan buat mudah-mudah macam biasa. Rekod terus upload. Sebaliknya, lagu-lagu cover pun Razzi akan buat Studio Kualiti. Ini bermakna, saya akan rekod di Recording Studio yang High Ends. So sound pun berkualiti.
Jadi, Razzi menjemput semua orang untuk menyukainya, menghargainya dan menjadikan ia satu lagu yang boleh terpahat di jiwa sampai bila-bila. Sambil-sambil mengajak orang ramai untuk kembali meminati lagu-lagu Slow Rock 90an, atau Rock Jiwang ini.
KASIH DIA – New Single release July 4th 2023
Buat pertama kalinya, Razzi mencipta lagu slow rock ala 90an. Ya, betul, Razzi cipta lagu ini, dan liriknya pula Razzi dan LienDa, kawan baik, yang tulis. Kalau dapat menyamai macam Saari Amri punya lagu, tu dah kira WIN giler-giler hahaha… if not, anda suka pun sudah cukup. Dalam penciptaan lagu Kasih Dia ini, memang Razzi buat reference lagu-lagu dari Saari Amri lah. Agak-agak menjadi ke tak? Sedap ke tak? Boleh melekat di jiwa ke tak? Nanti you all dengar la ya.
Tahun lepas 2021, Razzi sempat menyanyikan, 3 buah single. “Perangkap Fitnah”, “Bila” dan “Utusan Cinta”. Kesemuanya dari pencipta-pencipta baru dan muda. Razzi sendiri cukup puas hati dengan outcome nya.
Tetapi, sungguh tak sangka bila cipta lagu sendiri ni, lain macam dia punya puas tu. Malah dari nyanyian guide, draft yang dibuat oleh penyanyi backup vokal pun Razzi terasa amat TERUJA sekali. Fuhhh… apa-apapun, SOKONGAN ANDA, amat Razzi perlukan. Please support ok guys. Thank youuuuuu
So, planning tu macam2 InsyaAllah. Jika ada rezeki, maybe MORE. Biasalahkan bila bergerak sendiri tanpa Syarikat Rakaman ni, kita memang free nak rekod apa. Tapi sudah tentulah publishing tu agak limited.
“Because, I’m not doing this for money, sebaliknya for HOBBY. But my hobby cost me spending, BIG MONEY! Haha”
P/s kalau ada Recording Company mana-mana yang nak kerjasama, let’s chat.
Jom lawati Youtube Channel saya, klik di sini
Love, Razzi Rahman
Singer & Designer
www.razzirahmanmusic.com
Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved