Yang mana satu AI, mana ORI? Dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) hari ini, boleh cam ke hasil kerja AI atau manusia yang sebenarnya?
Hari ini, AI sudah pun boleh membuat :
✅Grafik design dengan cantik
✅Design Website profesionally
✅Boleh tulis ayat dengan baik
✅memberi pelbagai idea bernas
✅Boleh compose lagu dengan baik.
In fact, kata usahawan Billionaire Mark Cuban, “Siapa yang dapat menguasai business AI di masa akan datang, dialah yang bakal menjadi Trillionaire pertama di dunia!”
Jadi, AI adalah teknologi hari ini dan masa depan yang paling utama, persoalannya, dalam 2–3 tahun lagi…AI semakin POWER, aku ni sebagai designer/editor ni… lama-lama akan diganti ke?
ADAKAH AI akan dapat menggantikan kerja kita semua?
Kadang-kadang soalan ni tak terkeluar pun dari mulut kita…sebab kita anggap, “Ahhh mengarutlah… kalau ya pun lambat lagi kut”
Tapi perkara ni dia duduk senyap2 dalam otak kita, betul tak? Ada terfikir-fikir juga la kan. Especially bila tengok tools semakin laju, makin murah, makin canggih. Sehingga nak caj mahal-mahal dah tak boleh sebab some of the features, orang biasa pun boleh buat sendiri dengan bantuan AI.
Designer dah kena tukar cara kreatif. Composer dah kena lower kan harga. Office staff, tak boleh sombong-sombong dah, nanti semua kerja bagi kat AI, taka da kerja untuk you lagi. Boss2 yang malas, akan mudah ditukar. Haa… ghisau!
BUT lepas fikir dalam-dalam, ada satu perkara yang rasanya masih memberi harapan…
Yes, AI boleh buat semua kerja, boleh buat semua skill. Tapi walau bertahun lama nanti pun *AI takkan ada nyawa, AI takkan hidup seperti seorang manusia yang mempunyai SOUL!*
AI tak kan pernah faham apa erti hidup susah.
- AI tak pernah tahu peritnya cari sale masa baru start bisnes.
- AI tak pernah rasa kecewa bila dah design cantik, tapi client kata “meh.”
- AI tak pernah dukung baby sambil stay up buat kerja edit video jam 3 pagi.
- AI tak kan faham jiwa dan pengorbanan manusia.
That’s the difference. AI ada data. Tapi kita manusia ada jiwa! Kita tahu macam mana nak design based on pengalaman — bukan teori. Kita tahu bila nak cakap “jangan buat macam ni, pelanggan takkan trust nanti.”
Kita faham budaya, cara bercakap, dan hati manusia.
Sebab kita pun manusia. Jadi, bukan soal AI akan ganti kita. Soalnya: kita kena nakkan naik level kita atau terus di takuk lama. Kalau kita hanya jual servis teknikal — ya, kita dalam risiko. Tapi kalau kita jadi problem solver, kalau kita bantu bina clarity, branding, dan strategi…
“Maka kita tak boleh diganti. Kita jadi lebih bernilai.”
- So bila orang tanya: “Tak takut ke AI ambik alih kerja kau nanti?”
I’ll just smile and say:“AI boleh tiru hasil kerja aku. Tapi AI tak boleh tiru cara aku faham feel manusia.”
So guys, don’t be afraid to show more of your soul. Let’s grow. Let’s appreciate for being human, InsyaAllah!
Razzi Rahman
Singer & Designer
www.razzirahman.com/webdesign
Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved