KESERONOKAN yang tidak terhingga buat seseorang yang pertama kali melahirkan karya lagunya yang pertama. Lebih-lebih lagi apabila SINGLE terbaru anda kini SIAP! Teruja beb! Lagu terbaru… pergh, kini dah hampir boleh bergelar penyanyi nihhh… now dah boleh LAUNCH!
SABARRR dik…
Jangan sia-siakan usaha anda selama ini. Sebelum Launch lagu anda tu, sememangnya banyak perkara penting yang perlu anda lakukan terlebih dahulu DEMI untuk melihat single tersebut mulai meniti di bibir para peminat.
Antara perkara penting itu adalah :
1 – Strategi kemunculan anda di Media Sosial
Sebenarnya, sebelum siap lagu single terbaru anda itu lagi, anda sudah sepatutnya aktif di media sosial dengan pelbagai poster dan video yang memberi 5% – 10% info tentang single anda yang bakal release. Beri sikit-sikit dulu berita anda tu. Kian hari, kian bertambah sedikit akan progressnya. Strategi ini akan membuat netizen atau followers anda mulai CURIOUS dan ingin tahu lebih lanjut.
Apabila anda sudah tahu bila nak launch, buatkan 10-20 poster COUNTDOWN, post setiap hari, 10 hari lagi, 9 hari lagi, 8 hari lagi… š hehe barulah ramai yang menanti-nanti.
2 – Design cantik dan profesional
Bila keluarkan single ni, Cover Art paling penting kena nampak power, menarik dan memukau orang yang memandang. Cover art ni seumpama Imej Album lagu anda lah kalau zaman dulu-dulu Cover Album ni, syarikat rakaman akan berhabis ribuan ringgit untuk buat designnya. Siap photoshoot profesional dan guna graphic designer untuk design cover agar nampak menyerlah dan memukau.
Zaman sekarang, rakam sendiri, design pun bajet sendiri kan, masih boleh menyerlah jika mahu. Design cantik dan profesional sangat penting, di sinilah peminat anda buat pertama kali membuat penilaiannya sebelum mendengar lagu anda pula. Kalau biasa-biasa saja… nanti reaksi peminat pun akan jadi biasa-biasa saja juga.
3 – Video Story telling
Video story telling adalah yang paling mudah VIRAL di tiktok dan juga sosial media yang lain. Ada pelbagai jenis story telling. Ada yang tunjuk video story + voice over, (ini Khairul Aming selalu buat) š – ada yang share video live sambil bercerita dan ada juga buat video, sambil tunjuk video lama-lama, sambil keluar text atau tulisan bercerita tentang kisah di sebaliknya. ANDA KENA BUAT! Tak viral tak apa, kalau viral BONUS! Tapi inilah masanya peminat nak suka kepada anda, mengenali anda. Kerana story anda, adalah KEUNIKAN ANDA TERSENDIRI, Lepas ni mudahlah lagu-lagu anda disukai mereka.
4 – Video Behind The Scene
Saya rasa ini adalah video paling mudah dilakukan dan disukai ramai pula. Jadi, jangan banyak alasan… š rakam semua progres anda, rakam semua tiap langkah anda, rakam perjalanan anda sehingga ke hari ini dan kongsikan di media sosial anda. Ramai nak tengok ni!! – Tapi hati-hati, jangan mengarut-ngarut buat-buat DRAMA! I know, Drama ni ramai orang suka tengok, tetapi kesannya amat negatif dan tidak mendatangkan hasil yang baik di masa hadapan sebagai seorang selebriti/penyanyi.
5 – Strategi Video Teaser
Ramai yang menganggap, buat video teaser ni mudah. Buat je 2-3 video editing, sambung sana sikit sini sikit, letak bila nak release lagu, muatkan 10 saat or 30 saat lagu terbaru, POST it, DONE! š
- TAHUKAH ANDA…kalau di luar negara, video TEASER dikeluarkan SETAHUN sebelum kemunculan sebenar, LAGU atau pun MOVIE yang bakal menemui peminat.
Inilah strategi sebenar big-big company. Mereka test the water dulu dan selama sepanjang setahun itulah mereka tweak actual product agar menjadi lebih bagus dan kena dengan selera peminat. KITA mungkin tidak ada bajet untuk buat seperti mereka. Tetapi kita juga tidak boleh anggap teaser itu sebagai sesuatu yang REMEH!
Mungkin anda boleh buat 2-3 jenis teaser yang berbeza dan beri peminat tengok dan dengar. Dan rancang masa awal, berilah sebulan at least teaser anda merangsang curiousity peminat dan kemudian baru decide semula bila actual to LAUNCH Your SINGLE!.
SO, macamana?
- Boleh ke buat semua ni? – Jangan rasa tertekan pula atau overwhelmed dengan artikel saya ni. Saya tahu, sejujurnya saya sendiri pun rasa berat juga tugas semua ni nak digalas. Tetapi itulah price for fame orang kata.
Anda mungkin akan terfikir, ada ke masa nak buat semua ni, boleh ke aku buat? Memang betul anda MESTI buat banyak perkara dan banyak yang nak difikirkan…
- Kena plan strategi konten apa yang nak dibuat
- Kena plan juga waktu-waktu untuk posting.
- Kena design cantik-cantik poster untuk platform digital.
- Kena design cover art dan youtube cover image untuk nampak pro
- Kena buat banyak pelbagai jenis video-video setiap hari.
Sejujurnya, kesemua ini memang rumit dan susah nak buat secara konsisten! Saya sendiri pernah laluinya.
Tetapi, BAGAIMANA jika, kami boleh hulurkan sedikit bantuan, bagaimana jika kami ada team yang boleh uruskan media sosial anda, anda tak perlu fikirkan apa-apa lagi.
Semua kami buatkan :
- Video ā Kami buatkan.
- Poster ā Kami buatkan.
- Youtube Cover Image ā Kami buatkan.
- Design Cover Art spotify, itunes, joox, ā Kami buatkan.
Pelan 1 bulan sebelum dan selepas anda launch lagu/single terbaru anda ā semua kami buatkan. BEST TAK? Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang service ini dengan lebih lanjut…
Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut
Razzi Rahman
Singer & Designer
Razzi Rahman Creative Ā© 2024-2025 Copyrights Reserved