Mungkin memiliki sebuah laman web kepada anda adalah satu impian biasa. Akan tetapi bagi seorang usahawan yang serius, Laman Web adalah SATU KEJAYAAN!
Laman web atau perbualan biasa kita guna, WEBSITE adalah sesuatu yang sangat penting bagi seorang usahawan sebenarnya. Jika anda seorang usahawan tanpa website, bermakna tahap level bisnes anda belum betul-betul serius lagi tu. Kerana memiliki website yang profesional, design lawa & unik serta memukau pelanggan, perniagaan anda boleh pergi lebih jauh sehingga dapat membuat jualan hingga ke seluruh dunia dan menjana pendapatan yang lumayan. Saya ada 2 kisah antara client saya…
Kisah Client No 1
Saya ingat lagi client saya yang risau dengan perniagaan perabutnya. Dia bertanya bagaimana nak pasarkan perabutnya. Saya pun tak tahu, sebab perabut bukan kepakaran saya. TETAPI, internet marketing itu saya tahu. Dan jawab saya, WEBSITE adalah jawapannya.
Ada website, maka dengan mudah JENAMA PERNIAGAAN kita boleh diperkenalkan dengan mudah tanpa membawa pelanggan ke kedai kita. Malah jika bijak dalam menyusun konten website kita itu, pelanggan turut akan terpikat dengan barangan kita dan mulai yakin untuk membuat belian. Alhamdulillah, owner kedai perabut tersebut akhirnya telah mendapat ramai pelanggan, dan funny part, pelanggan-pelanggannya ramai dari yang tinggal di sekeliling kedainya sahaja. Boleh bayang tak? 🙂
Kisah Client No 2
Website sudah ada, menjual produk makanan, tetapi tak banyak sales. Website dia buat sendiri sahaja sebab nak jimat. Baguslah sebab bila buat sendiri ni boleh tahanlah jimatnya. Tetapi masalahnya, pesaing-pesaing punya website menggunakan profesional designer. Kemain bersinar produknya, berapi-api cantiknya dengan bermacam funtion pula, camana nak lawan. Pelanggan sure akan lebih tertarik dengan website pesaing anda.
Bayangkan macam ni lah, ada 5 kedai sederet, kelima-lima kedai menjual barangan yang sama. Hadir seorang pelanggan dan memandang ke arah kedai-kedai tersebut. Agak-agak anda, kedai mana yang dia akan masuk dulu?
Mestilah kedai yang paling menarik dan memikat mata memandang. Kedai yang nampak lebih berkualiti barangannya. Nampak menyakinkan. Kalau nampak berterabur je, kusut masai, bila anda buat jualan murah pun pelanggan anggap barang murah tak ada kualiti, “Malas aku beli!”
Itulah dia kisah antara client-client saya, nanti saya ceritkan lagi kisah-kisah client lain pula, now persoalan saya,
- Soalan saya, Apakah keunikan atau kelebihan Laman Web anda? sehingga boleh mebuat saya membuat belian ni ya… Anda ada website, orang lain pun ada website juga…
Bagi saya, DIRI anda sendiri itu adalah keunikan tersendiri ciptaan Tuhan semulajadi dah. JADI, gunalah citarasa anda, kecantikan anda, dan feel anda, kemudian DESIGN lawa-lawa website tersebut mengikut citarasa anda semulajadi, dan PASTIKAN tangan profesional yang design tu. Barulah website anda menjadi unik dan lain dari yang lain. Haaa…. baru boleh bersaing dan menjual!
Razzi Rahman
Singer & Designer
www.razzirahmancreative.com
Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved