Sewaktu masih bertugas bersama syarikat Penerbangan MAS di Subang Airport suatu masa dahulu, Razzi sering mencuba untuk menjadi penyanyi … masa tu, teramat ingin menjadi penyanyi huhu 😀 (Actually dari kecil lagi dah berangan nak jadi penyanyi)
Bermacamlah cara Razzi cuba. Audition sana sini. Macam-macam Singing Contest semua try. Buat demo tape hantar ke syarikat rakaman… Tapi gagal, gagal dan gagal lagi. Langsung tak terpilih dalam apa-apa pun. Usah cakap nak dapat offer. Call back pun tak ada you… sedih, sedih 🙁 satu ketika tu, saya dalam kekecewaan pulang dari audition, sampai rumah… seseorang telah bertanya;
- “Mengapa sedih je muka tuu?”
Razzi jawab ;
“Kalah lagi dalam pertandingan nyanyian… tak dapat nombor apa pun, pusingan awal pun tak lepas”
Ingatkan dapatlah belas kasihan dari dia, atau kata-kata semangat ke… tapi rupa-rupanya apa yang saya dapat?
“DAH SUARA macam KATAK KEMBUNG, camana nak menang!!”
Fuuu… PEDIHHH!! 🙁 🙁 Saya teramat kecewa, putus asa and you know what happen, lebih SETAHUN saya berhenti menyanyi. Berhenti mencuba mana-mana audition atau pertandingan. GIVE UP!
Sehinggalah seorang kawan di MAS, Wahidin nama dia. Dalam diam-diam telah memasukkan nama saya kali ke 2 setelah gagal tahun lepas, dalam pertandingan menyanyi di BAKAT MAS.
Tiba masa nak audition, saya ingat lagi saya tertidur di bilik rehat selepas penat bekerja. Langsung dikejutkan kawan, dipaksanya ke audition. Saya dengan mamai tak tahu apa… pergi je lah. Pastu belasah je menyanyi lagu Wings, Sejati.
Punyalah terkejut saya!. Ramai bersorak dan suka dengan nyanyian saya. Dan seterusnya saya lepas, pusingan demi pusingan akhirnya membawa saya ke malam FINAL! Namun…
Saya KALAH. Dapat tempat no 3. Tetapi sayalah peserta favourite malam tu yang mendapat sorakan paling gemuruh! Siap keluar berita di Newspaper Malay Mail, Berita Harian dan juga NST dengan tajuk – “Fan favourite Rocker Razzi Rahman”
Dan orang yang KUTUK SUARA saya, suara KATAK KEMBUNG, ada duduk di depan sekali di auditorium bandaraya tersebut, memberi tepukan paling gemuruh sewaktu pertunjukan final malam itu… dialah arwah kakak saya, Zuraidah Rahman. Terkejut saya masa perform nampak dia kat depan sekali.
Di situlah bermulanya, saya mendapat tawaran menjadi recording artist. Dari saat itu, saya tidak pernah lagi berhenti menyanyi…
NOTA KAKI:
Imagine jika saya terus bersedih dan putus asa bila dikutuk suara macam katak. Terus-menerus give up, sudah pastinya saya akan terus hidup dalam kegagalan…maka tak merasalah impian saya dari kecil itu, tiadalah Syakila, ciptaan M.Nasir, tiadalah Rembulan Kesiangan ciptaan Saari Amri untuk saya dendangkan, dan tiadalah saya di sini hari ini. Nasib baik, saya masih memiliki orang-orang rapat yang percaya saya boleh berjaya dan kerana merekalah saya kuatkan semangat, dan terus berusaha. Selebihnya Allah s.w.t punya kuasa menentukan takdirnya.
“Don’t Give Up, Keep your faith and keep moving forward!”
“Berkumis you masa I kerja MAS dulu haha ”
Gi miss arwah Kak Zu :'(
ikhlas,
Razzi Rahman